Sabtu, 8 Ogos 2009
FENOMENA USTAZ
Ustaz bersama Cikgu Mahendran menyiapkan pentas.
Ustaz menghadiri program khemah ibadat sjkt dan c prkt neg. selangor di masjid KLIA
Ustaz bersama cikgu Pamela( hijau), Cikgu Kalawathy ( PK 1 biru ) dan Cikgu Indriani ( coklat )
Sambutan Hari Guru 2009.
Ustaz bersama cikgu Saras, Hasnan PAR dan Su Kerani.
GURU AGAMA ISLAM
ASSALAMUALAIKUM DAN SALAM PERSAUDARAAN
Keunikan di sjktbb ialah terdapat seorang guru agama yang mengajar matapelajaran Agama Islam. Murid-muridnya seramai 5 orang. Selain dari itu dia seorang yang peramah dan mudah mesra dengan sesiapa walau berlainan agama. Guru-guru amat menyukai beliau dan disini tidak timbul perasaan perkauman bangsa. Untuk pengetahuan nama nya ialah Ustaz Hishamuddin Bin Ahmad dan mula berkhidmat di sekolah ini pada tahun 2003 sehinggalah sekarang. Kepada Ustaz kami berbangga dengan ustaz kerana dapat bergaul bersama tidak kira bangsa dan agama. Kepada Ustaz semoga bergembira disjktbb.
SALAM PERPISAHAN DAN PERJUANGAN
Assalamualaikum dan salam sejahtera.
Untuk makluman Tuan Guru Besar En Tamilsekaran telah berpindah ke SJKT Dengkil Berkuatkuasa 03.08.2009. Kami warga sekolah amat sedih dan akan selalu mengenang jasa Tuan Guru Besar semasa menjadi ketua di sekolah kami. Terima kasih kerana sudi menjadi ketua kami selama satu tahun empat bulan. Kami warga sekolah amat berharap agar Tuan Guru Besar akan sentiasa mengingati kami sepertimana kami mengingati Tuan Guru Besar. Kami berharap semoga sukses dan cemerlang di sekolah baru. Harapan kami semoga Tuan Guru Besar sihat dan mencapai apa yang diimpikan selama ini........ Kami selalu merindui mu ........
PELANCARAN KEMERDEKAAN 2009
SALAM SEJAHTERA
Untuk makluman semua SJKTBB akan melancarkan sambutan kemerdekaan kali ke 52 peringkat sekolah selama sebulan. Antara aktiviti yang menarik ialah pertandingan hiasan kelas berbentuk kemerdekaan. selain itu murid-murid boleh menyediakan folio tokoh-tokoh kemerdekaan negara. Hadiah menarik menanti peserta yang berjaya.
Untuk makluman semua SJKTBB akan melancarkan sambutan kemerdekaan kali ke 52 peringkat sekolah selama sebulan. Antara aktiviti yang menarik ialah pertandingan hiasan kelas berbentuk kemerdekaan. selain itu murid-murid boleh menyediakan folio tokoh-tokoh kemerdekaan negara. Hadiah menarik menanti peserta yang berjaya.
Langgan:
Catatan (Atom)